Pertemuan mereka tak pernah dirancang, tak ubah seperti kisah dongeng yang sering disenandungkan kepada anak kecil. Si gadis malang diselamatkan si putera tampan. Begitulah kisah mereka bermula. Tri hadir bagaikan hero pada saat Amanda dilanda musibah.
Pertemuan demi pertemuan, kejadian demi kejadian menjadi titik-titik abjad yang mencoretkan kisah mereka. Tak seperti kisah dongeng yang 'happy ending', kisah mereka belum tentu berakhir bahagia kerana mereka daripada dua dunia berbeza.
"Will you marry me?"
"Kenapa? Awak cintakan saya?"
"Saya tak tahu, Manda. Saya mengikut kata hati yang mahukan awak. Jadi soalan saya, sudikah awak jadi isteri saya?"
Amanda keliru, Tri sebenarnya simpati atau cinta. Jika disuruh memilih bertahan demi simpati atau berjuang demi cinta, sudah pasti dia akan memilih berjuang demi cinta.
Tri pelindung dan penyelamat hidupnya. Tetapi cukupkah rasa nyaman dan rasa 'mahu' di hati mereka? Bagaimana jika satu hari nanti rasa 'mahu' itu menghilang dan membuat mereka bosan dan saling menyakiti antara satu sama lain? Kisah dongeng mereka, mungkinkah berakhir bahagia atau sebaliknya?