Puisi-puisi dalam kumpulan ini berupa catatan rasa dan pancaran minda seorang penyair wanita tersohor tanah air, Zurinah Hassan yang berasa terharu terhadap segala peristiwa yang menimpa bangsa Melayu dari zaman dahulu hingga sekarang.
Bersumberkan teks Sejarah Melayu, pelbagai cerita rakyat, cerita jenaka, hikayat, buku sejarah, akhbar dan majalah, Zurinah cuba mengutip mutiara makna daripada keindahan bahasa para pujangga Melayu, lalu dicernakan ke dalam puisi-puisi baharu beliau yang cukup mengusik perasaan. Puisi-puisinya kali ini lebih terfokus dengan tema khusus, iaitu tentang perjuangan dan pemikiran bangsa Melayu zaman dahulu, yang telah diberi pentafsiran baharu sesuai dengan perkembangan dunia moden. Bagi Zurinah, sejarah bukan sekadar kenangan, tetapi boleh menjadi ikhtibar dan teladan. Ini sesuai dengan kata-kata Dr. Abdul Rahman Napiah, iaitu "Menyusur masa lalu untuk menyisir makna baharu."